Melalui teknologi kamera, maka munculnya komuniti fotografi di Negara Brunei Darussalam. Negara Brunei Darussalam adalah merupakan sebuah negara pengguna sahaja kerana tidak ada menghasilkan sebarang kamera ataupun teknologi dalam bidang fotografi. Walau bagaimanapun, bidang fotogarfi bukanlah merupakan bidang yang baru di Negara kita. Walaupun tidak ada catatan tepat mengenai dengan sejarah fotografi di negara Brunei, namun fotografi semakin berkembang dan semakin mendapat sambutan ramai.
Komuniti fotografi di Negara Brunei Darussalam sangat meriah dengan adanya teknologi internet yang menyediakan medium untuk berkomunikasi didalam satu laman sosial seperti facebook, instagram, twitter, blog persendirian yang digunakan oleh fotografi-fotografi untuk mempaparkan hasil kerja mereka secara terbuka. Didalam komuniti tersebut, semua ahli boleh berkenal-kenalan, bertukar-tukar pendapat, bertukar-tukar gambar dan melakukan aktiviti seperti outing dan tugasan rasmi. Ada juga yang berkongsi pengalaman, artikel dan menganjurkan kelas kepada mereka yang memerlukan. Dengan adanya forum fotografi online ini ternyata memudahkan jurufoto berinteraksi dengan lebih mudah kerana hanya menggunakan talian internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan